remove-bg-mudahkan-anda-buang-latar-belakang-7

remove.bg mudahkan anda buang latar belakang

Rekagrafik

Ada pelbagai kaedah untuk anda membuang latar belakang menggunakan Adobe Photoshop, tetapi mungkin akan memakan sedikit masa berdasarkan skill anda menyunting gambar. Namun sekiranya anda ingin melakukan suntingan dengan lebih pantas, salah satu laman web yang dapat membantu anda adalah remove.bg.

Menggunakan remove.bg, pengguna perlu memuatnaik gambar dan hasil gambar tanpa latar belakang akan dihasilkan dalam tempoh yang singkat. Pengguna juga boleh memuat turun hasil gambar dalam format .png.

KlikGrafik telah menggunakan aplikasi atas talian ini, dan mendapati aplikasi ini bersesuaian sekiranya anda ingin hasil yang pantas sekiranya warna subjek adalah tidak berdekatan dengan warna latar belakang. Kemaskini daripada laman web ini menyatakan mereka telah mengenakan cas untuk hasil suntingan dengan kualiti tinggi sementara hasil suntingan dengan kualiti biasa untuk versi percuma.

Apa-apa pun, anda boleh mencubanya sendiri untuk penggunaan peribadi termasuklah membuat sticker Whatsapp!

Cuba sendiri menggunakan remove.bg di www.remove.bg – KlikGrafik

Leave a Reply