Google utamakan kandungan mesra peranti di carian bermula September 2020

Teknologi & IT

Google telah mengumumkan inisiatifnya untuk mengoptimumkan kandungan mesra peranti pada tahun 2016. Seperti yang telah diumumkan oleh mereka pada 5 Mac lalu, mereka akan mengutamakan kandungan mesra peranti pada carian Google bermula September 2020. Langkah ini akan menyebabkan laman-laman mesra peranti akan berada di kedudukan yang lebih tinggi di carian Google berbanding laman yang masih belum membuat optimasi.

Google dalam kenyataannya menyatakan 70% daripada laman yang dipaparkan menerusi carian Google telah sedia dioptimasi untuk penggunaan di peranti dan menjangkakan lebih banyak laman yang akan mengoptimasi ciri-ciri ini pada masa hadapan.

teraju-viral-resources-banner

Pengguna dan pembangun web boleh menggunakan fungsi URL Inspection Tool di Google Search Console dan melihat status terkini indeks mesra peranti. Google juga menasihatkan supaya menggunakan hanya satu URL untuk kedua-dua jenis laman ; laman untuk komputer meja dan laman untuk peranti tanpa diasingkan kedua-dua URL tersebut disamping pembangun web juga dinasihatkan untuk mengubah laman kepada laman yang lebih responsif.

Pengumuman penuh daripada Google ini dapat dibaca di laman Google Webmasters.

Leave a Reply