Instagram Live kini dapat ditonton di web

Media Sosial

Instagram Live, atau lebih popular dipanggil sebagai IG Live, telah menjadi salah satu platform terbesar untuk kandungan penstriman secara langsung. Pelbagai golongan termasuk selebriti dan agamawan, tidak kurang juga pihak perseorangan dan komersial menggunakan IG Live sebagai medium siaran langsung yang amat mudah dikendalikan.

Populariti IG Live ini bagaimanapun sebelum ini mempunyai kelemahan dari segi tontonan yang hanya dapat dicapai melalui aplikasi mudah alih. Instagram, dalam kemaskini terbaru mereka kini telah menambah sokongan untuk para pengguna menonton kandungan siaran langsung menerusi pelayar web dengan log masuk dan memilih kandungan siaran langsung yang diminati.

Jika IG Live menerusi aplikasi mudah alih mempunyai ruangan komen di bahagian bawah skrin dan kelihatan telus, ruangan komen IG Live menerusi pelayar web berada di bahagian kanan video dan berlatar warna putih. Fungsi ini amat baik kerana ruangan komen yang lebih memanjang dan tidak mengganggu video siaran langsung tersebut.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba, pergi ke laman web Instagram, log masuk menggunakan akaun anda dan memilih siaran langsung kegemaran anda. Anda mungkin tidak perlu lagi melihat siaran langsung PU Azman menerusi peranti dan skrin yang lebih luas.

Leave a Reply