fungsi-sebenar-lorem-ipsum-design

Ini sebenarnya fungsi sebenar ‘Lorem Ipsum’ dalam design!

Rekagrafik

Kepada anda yang sering membuat reka grafik, pastinya ada yang perasan dengan teks ‘Lorem Ipsum’. Contoh ‘Lorem Ipsum’ yang amat popular seperti :

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui officia deserunt mollit anim id est laborum.

‘Lorem Ipsum’ adalah perkataan yang telah digunakan semenjak tahun 1500, dan berasal daripada Latin klasik. Nampak seperti teks yang mempunyai maksud, tapi sebenarnya teks ini tidak mempunyai apa-apa makna. ‘Lorem Ipsum’ ini hanyalah ingin menjadi ‘dummies text’ kepada sesuatu reka grafik. Dengan erti kata lain, teks ini adalah sekadar untuk memenuhi ruang dan ingin menunjukkan reka letak teks pada sesuatu reka grafik sahaja.

‘Lorem Ipsum’ digunakan apabila teks sebenar yang sepatutnya diletakkan dalam sesuatu reka grafik masih belum selesai disunting, dan ruang kosong untuk teks perlu diisi dengan teks yang mempunyai reka seperti teks asal. Pereka grafik menggunakan teks inii untuk percetakan.

Apa yang penting adalah pereka grafik ingin memfokuskan reka grafik seperti jenis font, saiz font, dan jajaran perenggan.

Jadi, jangan pelik bila lihat teks ‘Lorem Ipsum’ merata-rata tempat di reka grafik. Itu hanya ‘dummies text’ sahaja!

Leave a Reply