5 laman web terbaik untuk inspirasi rekagrafik!

Rekagrafik

Kerja-kerja melibatkan rekagrafik memang memerlukan idea dan inspirasi yang amat tinggi untuk kelihatan kreatif dan relevan. Tapi, ada masanya kita akan menghadapi masalah kekurangan idea sehingga membantutkan gerak kerja sebagai seorang pereka grafik.

Apa kata kami sarankan untuk anda rehatkan sebentar minda anda, dan dapatkan inspirasi daripada 5 laman web terbaik hasil grafik daripada pereka profesional.

Pinterestwww.pinterest.com

Siapa sahaja tak tahu tentang Pinterest? Selain daripada mempromosikan hasil kerja grafik anda sendiri, anda boleh mendapatkan idea, tips, tutorial dan teknik grafik yang akan membantu memudahkan kerja anda. Anda boleh membuat ‘board’ mengikut kategori yang anda mahukan, muat naik hasil grafik anda sendiri dan memasukkan hasil grafik orang lain di dalam ‘board’ anda. Lebih menarik lagi apabila anda boleh muat turun Pinterest di telefon pintar, bolehlah anda gantikan masa anda di media sosial anda dengan aplikasi Pinterest!

 

Dribbble – www.dribbble.com

Dribbble merupakan sebuah laman web komuniti untuk pereka grafik profesional untuk mempamerkan hasil kerja mereka. Dribble menggunakan keahlian secara jemputan sahaja bagi menapis daripada ahli-ahli yang tidak mempunyai kemahiran dan dapat berkongsi hasil seni sesama pereka grafik.

 

Behance – www.behance.com

Apa yang membezakan Behance dan Dribbble adalah dari segi keahlian yang lebih bebas dan semua orang boleh berkongsi hasil grafik mereka sendiri. Arkib grafik yang mempunyai pelbagai segmen amat membantu anda untuk mencari idea yang bersesuaian. Secara peribadi, kami amat meminat Behance berbanding laman web yang lain kerana bilangan pengguna Malaysia yang berkongsi idea dan portfolio grafik mereka adalah amat tinggi di laman web ini.

 

DeviantArt – www.deviantart.com

Komuniti pengilustrasi tegar pastinya pernah mendengar laman web DeviantArt yang mengumpulkan pelbagai hasil ilustrasi seluruh dunia. Menariknya, DeviantArt mempunyai Group, Forum dan Community yang amat aktif bagi berkongsi pandangan dan ulasan mereka terhadap dunia rekagrafik.

 

We Heart It – www.weheartit.com

We Heart It bolehlah dikatakan seperti ‘Pinterest muda’ kerana mempunyai fungsi yang seakan-akan sama dengan Pinterest dan Tumblr. Anda boleh menyimpan koleksi-koleksi yang anda suka dan memuat turun ke telefon bimbit anda.

 

Anda ada laman web kegemaran anda sendiri?

Senarai ini masih sedikit jika dibandingkan dengan bilangan laman web inspirasi grafik yang ada di seluruh dunia. Kalau anda ada laman web kegemaran anda sendiri, jom kongsikan di bahagian komen!

Leave a Reply