Pelajar FEP manfaat Bengkel KlikGrafik Beginner

Berita KlikGrafik

Pelajar Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tidak melepaskan peluang untuk hadir ke Bengkel KlikGrafik Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop pada 25 November 2017 di fakulti berkenaan.

Trainer yang juga pengasas jenama KlikGrafik, Arif Radzi telah diberikan peluang bagi mendedahkan perisian reka grafik yang sering digunakan bagi menghasilkan karya grafik yang bermutu, seterusnya membantu para pelajar bagi menghasilkan tugasan dengan lebih baik.

Slot yang dikendalikan bermula jam 2.30 petang hingga 6.30 petang ini dianjurkan bersempena Entrepreneurship Week 2017, yang turut dihadiri oleh penasihat program yang juga pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Puan Fadilah Siali dan pihak AKUsahawan serta Jawatankuasa Persatuan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS sesi 2017/2018.

KlikGrafik mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan bagi kami mengendalikan program, dan pastinya kolaborasi pada masa akan datang.

Leave a Reply