KlikGrafik terima pelawaan Fakulti Kejuruteraan UNIMAS

Berita KlikGrafik

Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sarawak telah menganjurkan program Web Design & Photoshop Workshop pada 17 Oktober lalu. KlikGrafik telah dijemput untuk menjadi tenaga pengajar jemputan bagi program berdurasi sehari ini.

Program yang berlangsung bersempena ‘Engineering Week UNIMAS 2018’ adalah dengan kerjasama The Institution of Engineers Malaysia, IEM-SAFE UNIMAS Student Section.

Bertempat di Makmal Komputer, Jabatan Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, Saudara Arif Radzi daripada KlikGrafik telah menyampaikan asas-asas laman web dan koding HTML pada sesi pagi, dan asas-asas penggunaan Adobe Photoshop pada sesi petang.

KlikGrafik ingin mengucapkan terima kasih kepada Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaysia Sarawak atas jemputan program, dan semoga kolaborasi akan berterusan pada masa akan datang.

Leave a Reply