Bengkel bantu pelajar hasilkan grafik berkualiti

Berita KlikGrafik

Bengkel KlikGrafik Kolej Cempaka 2019 yang berlangsung di Bilik Tun Mahathir dekat sini amat membantu pelajar untuk menghasilkan hasil kerja yang berkualiti menggunakan grafik yang tersusun dan menarik.

Peserta program Bengkel KlikGrafik rata-ratanya amat gembira dengan penganjuran program yang amat menarik di samping tenaga pengajar yang sentiasa membantu dalam mengendalikan perisian Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator.

Bengkel KlikGrafik Kolej Cempaka 2019 adalah anjuran bersama Kelab Media Cempaka Revolution (MEKAR) Kolej Cempaka Universiti Malaysia Sarawak dan KlikGrafik. Program yang berlangsung untuk dua sesi pada 13 dan 14 April 2019 ini telah dihadiri oleh lebih 15 orang peserta.

KlikGrafik ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini, dan terima kasih kepada semua peserta yang hadir. – KlikGrafik

Leave a Reply