Kelab MEKAR jalankan Photoshop Workshop

Berita KlikGrafik

Kelab MediaCempaka Revolution (MEKAR) Kolej Cempaka, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah mengadakan Photoshop Workshop pada 16 Disember lalu di Bilik Tun Mahathir, Kolej Cempaka.

KlikGrafik dengan trainer Saudara Arif Radzi diberikan tanggungjawab mengendalikan program bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang. Program ini menumpukan kepada asas-asas suntingan foto dan kaedah penggunaan peralatan dalam Adobe Photoshop.

klikgrafik-cempaka-disember-2018

Rata-rata peserta yang hadir memberikan respon yang baik kepada program ini, dan berharap agar lebih banyak program sebegini pada masa akan datang.

Photoshop Workshop adalah antara program yang dirancang oleh kelab MEKAR bagi memberikan pendedahan kepada para pelajar kolej kediaman, di samping menambahkan kemahiran para pelajar. KlikGrafik ingin mengucapkan terima kasih kepada kelab MEKAR atas jemputan, dan mengharapkan lebih banyak program yang bakal berlangsung pada masa akan datang.

Leave a Reply